Jual makanan dalam tin tamat tempoh, berkarat

Iklan
Operasi pemeriksaan fizikal makanan ini dijalankan MBDK di lapan premis pasar mini dan kedai runcit di sekitar Jalan Sementa Utama.

KLANG - Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) merampas 13 jenama makanan berbungkus dan berkaling (dalam tin) sedia dimakan selepas pemeriksaan mendapati ia dijual dalam keadaan kemek, tamat tempoh dan berkarat di sekitar Jalan Sementa Utama.

MBDK dalam kenyataan memaklumkan, operasi pemeriksaan fizikal makanan itu dijalankan di lapan premis pasar mini dan kedai runcit dalam usaha memastikan aspek keselamatan makanan sentiasa dipatuhi peniaga.

Iklan
Iklan

"Selain rampasan, sebanyak lima kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen perniagaan, premis dalam keadaan kotor dan tidak membuat kawalan serangga perosak,” menurut kenyataan itu di Facebook MBDK.

Menurutnya, tindakan itu penting bagi melindungi pengguna daripada risiko kesihatan memandangkan makanan yang tamat tempoh dan rosak boleh menyebabkan keracunan atau penyakit bawaan makanan.

Iklan

Pihak berkuasa tempatan itu berkata, peniaga turut dinasihatkan supaya sentiasa memantau barangan jualan agar tidak memudaratkan kesihatan pengguna serta memastikan kebersihan premis dijaga dengan rapi.

“MBDK akan terus mempergiatkan operasi pemeriksaan seumpama ini dari masa ke masa sebagai langkah pencegahan dan kawalan demi kesejahteraan penduduk,” tambahnya.

Iklan