Disiplin zaman dahulu jauh berbeza
Iklan
Landskap pendidikan zaman hari ini nyata berbeza, tahap disiplin murid tidak lagi sekeras dahulu. Gambar hiasan
PENULIS teringat kisah zaman sekolah sekitar dua tiga dekad lalu. Waktu itu, istilah disiplin bukan sekadar slogan kosong yang ditampal di papan kenyataan sekolah, tetapi benar-benar sebati dalam jiwa murid.
Seorang murid yang ponteng kelas atau lewat ke sekolah pasti dianggap satu kesalahan besar, apatah lagi jika berani melawan guru.