Jumlah operator kren melonjak lebih 936 peratus
Iklan
Pengendali kren menjadi antara 'mata' dan 'tangan' sektor pembinaan di negara ini. Gambar ini dirakam di salah satu projek pembinaan di Shah Alam, Selangor. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
SHAH ALAM – Pendaftaran baharu pengendali kren atau lebih dikenali sebagai operator kren di seluruh negara mencatatkan peningkatan luar biasa apabila melonjak lebih 936 peratus dalam tempoh empat tahun.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ir Mohd Hatta Zakaria berkata, data melalui sistem MyKKP menunjukkan hanya 433 pendaftaran baharu direkodkan pada 2021, namun angka itu meningkat hampir 10 kali ganda kepada 4,485 pada 2024.