Jalur Gemilang: Maruah, sejarah dan pengorbanan bangsa
Iklan
Sebanyak 400 helai Jalur Gemilang diagihkan kepada orang ramai di sekitar Mergong di Alor Setar pada Rabu.
ALOR SETAR – Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain berwarna merah, putih, biru dan kuning, sebaliknya ia melambangkan maruah, perpaduan serta kedaulatan negara yang dibina atas pengorbanan darah dan air mata pejuang kemerdekaan terdahulu.
Itulah mesej utama yang diketengahkan dalam Program Semarak Jalur Gemilang 4.0 anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kedah yang berlangsung di Pusat Komuniti NGO Kedah, di sini sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.
Iklan
Iklan
Sebanyak 400 helai Jalur Gemilang diagihkan kepada orang ramai dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan menggalakkan masyarakat, khususnya golongan muda untuk mengibarkan bendera sebagai tanda cinta kepada tanah air.
Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kuala Kedah, Amirul Syahir berkata, program itu bukan sekadar acara tahunan, tetapi wadah untuk memupuk kesedaran tentang erti kemerdekaan yang sebenar.
Iklan
“Kami mahu masyarakat menghargai pengorbanan pejuang dahulu. Mereka berjuang bukan untuk dikenang, tetapi untuk memastikan generasi hari ini dapat hidup dalam negara yang merdeka dan aman,” katanya pada Rabu.
Beliau menegaskan bahawa Jalur Gemilang adalah simbol kebanggaan yang perlu dikibarkan dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab.
Iklan
“Bila kita kibarkan bendera, kita bukan sekadar menyambut bulan kebangsaan. Kita sedang menyatakan bahawa kita bersatu, kita bebas, dan kita tidak lupa sejarah,” ujarnya.
Program tersebut turut mendapat sambutan daripada penduduk setempat yang hadir bersama keluarga, menunjukkan sokongan terhadap usaha NGO dalam menyemai semangat kenegaraan.
Antara pertubuhan yang terlibat termasuk Pertubuhan Aman Kebajikan Ummah (PAKU), GPMS Kuala Kedah, CDERT Otai Bikers, CDERT Darul Syifa dan CDERT GPMS Kuala Kedah.
Amirul turut berharap agar lebih banyak pihak tampil menjayakan program seumpama ini supaya semangat patriotisme terus subur dalam jiwa rakyat Malaysia.
“Kalau kita boleh mulakan dengan satu bendera, kita boleh bina semangat yang lebih besar. Inilah masa untuk kita bersatu sebagai rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.