Enam nelayan asing ditahan positif dadah
Iklan
Enam nelayan warga asing yang ditahan pada Selasa. - Foto: Maritim Malaysia
MERSING - Enam nelayan asing yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Mersing didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
Menurut Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin, kesemua nelayan terbabit yang menggunakan vesel nelayan tempatan ditahan pada kedudukan 3.3 batu nautika Timur Laut Tanjung Kempit, pada Selasa.
Iklan
Iklan
“Kesemua suspek ditahan pada jam 10 pagi dan setelah menjalani ujian saringan air kencing, mereka didapati positif dadah.
“Pemeriksaan lanjut juga menemukan dua tiub plastik lutsinar berisi hablur berwarna putih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.73 gram milik salah seorang kru vesel yang ditahan.
Iklan
“Enam individu terbabit adalah lelaki berusia lingkungan 21 hingga 52 tahun, kru dari sebuah bot nelayan tempatan dan merupakan warga Laos,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kesemua nelayan asing itu kemudiannya dibawa ke Zon Maritim Mersing untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.
Iklan
Sebelum itu, Zon Maritim Mersing turut menerima lawatan kerja rasmi Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Johor Bahru, Mohd Faisal Maksom bersama Ketua Pegawai AADK Mersing, Zaleha Abdullah.
Lawatan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Maritim Malaysia dan AADK dalam aspek penguatkuasaan serta pencegahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti maritim, khususnya nelayan.
Suhaizan berkata, operasi seumpama itu akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.
“Masyarakat, terutamanya komuniti maritim, diharap dapat memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti jenayah dan salah laku di perairan menerusi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199404,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.