HENAN - Seorang lelaki di wilayah Henan, China menceraikan isterinya selepas mengetahui tiga anak perempuan yang dibesarkannya selama ini merupakan hasil hubungan sulit isterinya dengan bapa saudaranya.
Lelaki dikenali sebagai Zhou itu telah berkahwin selama 13 tahun dan kebanyakannya bekerja di luar kawasan demi menyara keluarga, selain kerap menghantar wang kepada isterinya.