JB Waterfront Lot 1 dulu gah, sekarang terbiar
Iklan
Lot 1 yang menelan kos pembinaan lebih RM100 juta pada 25 tahun lalu kini terbiar. (Gambar kecil: Mohd Jafni)
JOHOR BAHRU – Suatu ketika dahulu, bangunan JB Waterfront Lot 1, merupakan sebuah kompleks beli-belah terkemuka dan berdiri megah di persisir Selat Tebrau.
Kompleks yang riuh-rendah dengan kehadiran warga bandar raya dan pelancong asing itu dibuka pada tahun 2000, namun hanya beroperasi selama tiga tahun sebelum terbiar hingga sekarang.