‘Ocean’ kian dipenuhi warga asing
Iklan
Keadaan semasa di Plaza Hang Tuah, Melaka. (Gambar kecil: Suhara, Cassel)
MELAKA - Plaza Hang Tuah yang dahulunya dikenali sebagai Ocean pernah menjadi lokasi tumpuan warga tempatan pada era 1980-an dan 1990-an, namun kini ibarat hidup segan mati tak mahu apabila hanya beberapa lot kedai di bahagian bawah yang masih beroperasi.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kini hanya terdapat beberapa kedai menjual gajet dan aksesori telefon malah, kawasan sekitarnya menjadi tempat warga asing melepak pada hujung minggu.