Gig, gag, guk, gak
Banyak jugalah orang yang tanya Awang, apa itu “pekerja gig” dan apa pula “ekonomi gig.” Banyak daripada kita termasuk media arus perdana buat andaian semua orang tahu apa bendanya dua hal itu. Inilah masalahnya, sebelum terkesedak dengan perkataan itu, terangkanlah dulu.
Jadi bila cakap pasal Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025, banyaklah yang terlopong mulut. Awang yang tak berapa pandai hal istilah dan terminologi ini kenalah buka Google sebab dalam Kamus Dewan belum ada perkataan “gig”. Awang pun tunjukkanlah pada mereka yang bertanya bahawa pekerja gig itu menurut Google “individu yang bekerja dalam ekonomi gig dengan mengambil pekerjaan jangka pendek atau kontrak.” Mungkin yang dimaksudkan pekerja yang hantar makanan atau yang bawa kereta e-hailing.