Hiasi laman dengan Jalur Gemilang

Iklan

Penduduk Felda bergotong-royong menghias laman dengan memasang Jalur Gemilang bagi memeriahkan lagi suasana sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Felda Kampung Hutan Percha, hari ini.

Penduduk Felda Kampung Hutan Percha di sini yang dihuni masyarakat berbilang kaum daripada Melayu, Cina, India dan Orang Asli sepakat menyumbang kira-kira RM10,000, bagi menghias kawasan perkampungan mereka dengan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan kali ini.

Iklan
Iklan

Peruntukan itu digunakan untuk membeli Jalur Gemilang, pelbagai kain rentang dan cat bagi mengindahkan empat laman di Felda ini, iaitu Puncak Damai, Kasih Sayang, Muafakat dan Nostalgia.