Percepat siapkan sejuta rumah mampu milik
Iklan
Muka hadapan Sinar Harian pada Selasa. (Gambar kecil: Mohd Nasrun)
SHAH ALAM - Teknologi pembinaan pasang siap IBS adalah antara penyelesaian terbaik bagi kerajaan untuk mencapai sasaran membina sejuta rumah mampu milik dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Profesor Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi Binaan dan Logistik, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Nasrun Mohd Nawi berkata, sistem itu turut memudahkan pengurusan tenaga kerja di tapak pembinaan.