Pendawai elektrik dikhuatiri lemas di sungai

Iklan
Seorang pendawai elektrik dikhuatiri lemas di sungai kira-kira 500 meter dari kediamannya di Kampung Sat, pada Isnin. Foto hiasan

TANAH MERAH – Seorang pendawai elektrik dikhuatiri lemas di sungai kira-kira 500 meter dari kediamannya di Kampung Sat, di sini, pada Isnin.

Mangsa, Saifudin Ramli @ Ghazali, 46, dipercayai lemas selepas disedari penduduk kampung yang kemudian memaklumkan kepada keluarga.

Iklan
Iklan

Jiran mangsa, Ruslina Ramli, 47, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh beberapa penduduk ketika sedang memasak untuk persiapan berbuka puasa.

“Lebih kurang jam 7 malam, saya berada di rumah tengah memasak untuk berbuka.

Iklan

“Tiba-tiba orang kampung datang beritahu jiran saya lemas dan keluarganya panik, jadi saya segera hubungi bomba untuk dapatkan bantuan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, penduduk kampung juga bergegas semula ke kawasan sungai tersebut, namun mangsa ketika ini masih belum ditemukan.

Iklan

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Roslan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.26 malam.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah dikejarkan ke lokasi dengan kekuatan sembilan anggota bersama sebuah jentera, dan tiba pada jam 7.45 malam.

“Unit Penyelamat di Air turut diminta bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya.