Naga air durjana
Iklan
Naga air nyata dalam bentuk syarikat konsesi besar, kartel dan konglomerat yang menguasai pembangunan infrastruktur air. Gambar hiasan
AIR itu asas hidup. Kita teguk setiap hari tanpa banyak fikir, hanya buka paip dan biarkan ia mengalir. Tapi di sebalik setiap titisan itu, ada cerita kuasa, ada permainan besar yang jarang disuluh. Cerita tentang naga air — makhluk yang tak berapi tapi cukup gagah mencengkam ekonomi dan politik.
Naga air ini tentulah tak muncul dalam khayalan. Ia nyata dalam bentuk syarikat konsesi besar, kartel dan konglomerat yang menguasai pembangunan infrastruktur air. Mereka pandai cipta naratif. Katanya krisis bakal melanda, empangan sedia ada sudah uzur, loji rawatan tidak lagi mampu menampung permintaan.