Pemuda UMNO sokong saranan syarikat telco beri data percuma

Iklan
Shahril Sufian menerusi hantaran di Facebooknya hari ini menyokong cadangan supaya syarikat telco memberikan 10GB data kepada pengguna yang kini bekerja daripada rumah.

SHAH ALAM - Pemuda UMNO bersetuju dengan saranan supaya syarikat-syarikat telekomunikasi berkorban sedikit keuntungan mereka bagi membantu rakyat Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dengan memberikan data percuma.

Naib Ketua Pemudanya, Shahril Sufian Hamdan berkata, ini kerana buat masa sekarang ramai yang perlu bekerja daripada rumah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemberian 10 GB data kepada pengguna daripada syarikat telekomunikasi tidak menjejaskan keuntungan mereka.

"Untuk makluman, keuntungan telco Malaysia amat tinggi berbanding negara lain. Di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, margin perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (pendek kata, margin keuntungan) telco lazimnya 20 peratus tetapi di Malaysia ialah 50 peratus.

Iklan

"Kalau nak kira julat keuntungan bersih pun, telco negara kita jauh lebih tinggi dari negara lain," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, syarikat-syarikat ini mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian dengan membuktikan bukan hanya kerajaan, penjawat awam, pekerja kesihatan dan rakyat biasa berkorban dalam menghadapi krisis ini.

Iklan

"Berkongsilah sedikit keuntungan itu dengan rakyat," katanya.