Pentingnya sayangkan negara
Iklan
Sempena ulang tahun kemerdekaan ke-68, Malaysia berdepan cabaran baharu termasuk krisis global, teknologi AI, dan risiko perubahan iklim.
BULAN Ogos sememangnya bulan yang begitu sinonim dengan semangat kenegaraan di Malaysia. Ini kerana Malaysia bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-68. Jika kita andaikan umur kemerdekaan ini dengan umur manusia, ia bukanlah usia yang begitu muda.
Telah banyak ranjau dilalui setelah mencapai kemerdekaan yang seharusnya mematangkan pemikiran rakyat Malaysia. Dari segi ekonomi, pelbagai kejutan negatif berlaku, sekali gus memberi kesan kepada corak penggubalan dasar.