Polis cekup dua pemandu dipercayai terlibat lumba haram
Iklan
Polis tahan dua pemandu kereta yang diubah suai dipercayai terlibat lumba haram di Lebuh Medini Utama. Foto IPD Iskandar Puteri
ISKANDAR PUTERI – Polis menahan dua pemandu dipercayai terlibat dalam aktiviti samseng jalanan dan lumba haram dalam satu operasi khas di sekitar Lebuh Medini Utama di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, operasi tersebut dilaksanakan susulan maklumat berhubung kegiatan lumba haram melibatkan kereta yang telah diubah suai di lokasi berkenaan.
Iklan
Iklan
“Hasil risikan, polis berjaya menahan dua pemandu kereta berusia antara 22 dan 25 tahun. Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Selain itu, kedua-dua kenderaan terbabit turut disita di bawah Seksyen 64 akta sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Iklan
Kumarasan berkata, operasi seumpamanya akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan lumba haram.
Jelasnya, operasi tersebut juga bertujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah Iskandar Puteri sentiasa terjamin.
Iklan
“Pihak polis juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti samseng jalanan atau lumba haram.
“Ia jelas mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada pengguna jalan raya lain,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>