Jadikan kontroversi MyBurgerLab pengajaran - Saifuddin Nasution

Iklan
Saifuddin Nasution (tengah) menyampaikan kotak bantuan makanan kepada masyarakat setempat, Roshidah Taha (kanan) pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani Maritim Malaysia Tahun 2025 di Dewan Perdana Mukim Trong, Taiping hari ini. - Foto: Bernama

TAIPING - Tindakan MyBurgerLab menamatkan perkhidmatan Ketua Pegawai Operasinya, Andrew Chong kerana membuat kenyataan kontroversi yang menyentuh sensitiviti agama wajar dijadikan pengajaran kepada semua pihak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, insiden berkenaan menunjukkan betapa pentingnya semua pihak memelihara tanggungjawab sosial dan sensitiviti dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Iklan
Iklan

"Ini menunjukkkan mereka (MyBurgerLab) mengambil berat, mengambil serius dan bertindak. Pengajarannya, di negara kita ini ada fabrik sosial yang telah lama wujud, membolehkan kita hidup dengan aman damai," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat Madani Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini hari ini.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution mengingatkan penganjur konvoi agar memberikan taklimat mengenai pematuhan undang-undang jalan raya seperti had laju dan jarak selamat kepada peserta selain bekerjasama dengan polis bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Konvoi itu satu hobi perlu digalakkan, tetapi mesti mematuhi garis panduan keselamatan. Jangan sampai menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya lain apatah lagi yang melibatkan nyawa," katanya.

Iklan

Beliau mengulas mengenai penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu semalam yang mengundang perhatian ramai selepas berlaku kemalangan maut melibatkan peserta. - Bernama