GEGARAN gempa bumi berukuran 4.1 yang melanda Segamat awal pagi tadi mencetuskan suasana cemas dalam kalangan penduduk.
Berikut info yang anda perlu tahu;
- Gegaran gempa bumi lemah dilaporkan berlaku sekitar jam 6:13 pagi pada Ahad.
- Kekuatan gempa tersebut berskala 4.1 magnitud dengan pusat gegaran terletak kira-kira 180 km dari ibu negeri Johor.
- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan pusat gegaran berada lima kilometer (km) barat Segamat, pada kedalaman 10 km.
- Gegaran berkenaan turut dirasai di kebanyakan kawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.
- Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan sehingga kini.
- Rakyat dinasihatkan untuk menjauhi struktur-struktur tidak kukuh dan terus peka dengan arahan pihak berkuasa.
- MetMalaysia kekal memantau dengan rapi dan akan mengeluarkan makluman lanjut dari semasa ke semasa.
- Pemerhatian dan pemantauan juga dilakukan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama agensi berkaitan.
- Pada 29 Ogos tahun lalu, media melaporkan beberapa penduduk di Segamat, Johor khususnya di kawasan Batu 5, Buloh Kasap, digemparkan oleh bunyi letupan misteri sebanyak tujuh kali berturut-turut sekitar pukul 3:50 petang.
- Salah seorang penduduk di kawasan tersebut berkata, gegaran itu begitu kuat sehingga menyebabkan bumbung rumah bergegar dan berlaku sedikit keretakan pada strukturnya.
- Berita turut menyatakan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Segamat tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung gegaran tersebut.