Khidmat jaga bayi makin kurang
Iklan
Taska berdepan pelbagai peningkatan kos operasi terutamanya gaji pekerja. Gambar kecil: Norsheila
SHAH ALAM - Sektor asuhan awal kanak-kanak berdepan cabaran apabila 35 hingga 40 peratus pengusaha taska berdaftar di seluruh negara menghentikan perkhidmatan penjagaan bayi bawah usia setahun.
Senario itu semakin memburuk berikutan terdapat sebilangan pengusaha taska di negeri-negeri tertentu tidak menyediakan perkhidmatan mengasuh bayi bawah setahun.