TANGKAK – Seramai 25 penumpang cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 152.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan pada pagi Sabtu.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II (Khas Untuk Penyandang – KUP), Kaib Dawan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.24 pagi.