Kenapa rosakkan Tabung Haji
Iklan
TH satu institusi yang keramat. Inilah tempat mereka yang berhajat nak menunaikan Rukun Islam kelima menyimpan duit. - Gambar hiasan
Awang rasa sedih apabila ada pihak yang hasut pendeposit Tabung Haji (TH) keluarkan duit mereka. TH bukan sempurna. Kita semua tahu pada zaman kerajaan BN memerintah macam-macam perkara berlaku pada TH. Entah berapa banyak duit TH hilang begitu sahaja. Sebahagiannya akibat tadbir urus yang tak profesional, sebahagiannya ada unsur-unsur salah guna.
TH satu institusi yang keramat. Inilah tempat mereka yang berhajat nak menunaikan Rukun Islam kelima menyimpan duit. Syukur Alhamdulillah, akibat idea Allahyarham Prof Diraja Ungku Aziz muncullah TH. Satu dunia memuji kita kerana wujudnya badan mengurus jemaah haji dengan baik.