Warden sepenuh masa dapat pantau pelajar di asrama secara efisien, berfokus
Iklan
Empat bekas tentera yang dilantik sebagai warden di MRSM Besut. - Foto: Mara, gambar kecil: Muhammad Azwan
SHAH ALAM - Fungsi dan pengawasan disiplin pelajar di asrama wajar dipisahkan sepenuhnya daripada peranan guru dengan cara melantik warden sepenuh masa.
Ketua Persatuan Bekas Maktab Rendah Sains Mara Besut (ANSARA Besut), Dr Muhammad Azwan Sulaiman berkata, usaha itu penting bagi membantu mengurangkan beban terpaksa dipikul guru yang turut menggalas tanggungjawab sebagai warden ketika ini.