Ketelusan harga penting, elak manipulasi pasaran - Rafizi
Iklan
Rafizi
SHAH ALAM – Ketelusan harga akan menjadi bidang dasar yang diberi tumpuan oleh bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, bagi memastikan amalan harga di negara ini lebih adil dan telus.
Menurutnya, prinsip itu membolehkan pengguna menilai harga sama ada melalui perbandingan rujukan atau analisis kos serta margin keuntungan.
Iklan
Iklan
“Tanpa ketelusan harga, usaha mengawal manipulasi harga oleh peniaga masih sukar dilaksanakan,” katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Jumaat.
Mengulas mengenai penurunan harga minyak sebanyak enam sen bermula September ini, beliau berkata, kesannya terhadap harga barang masih belum dapat dipastikan.
Iklan
“Kebiasaannya, harga barang naik serta-merta apabila kos asas seperti minyak dan elektrik meningkat. Tetapi apabila harga minyak turun, kita tidak tahu sama ada harga barang akan ikut turun. Kesan hanya dapat dilihat menjelang akhir tahun,” jelasnya.
Ujarnya, harga pasaran dipengaruhi pelbagai faktor termasuk kos bahan mentah, kos pengeluaran dan persaingan sesama peniaga.
Iklan
“Jika peniaga sudah menaikkan harga kerana pesaing turut berbuat demikian dan pelanggan masih membeli, mereka sukar menurunkannya walaupun kos minyak turun.
"Kos barang juga ditentukan oleh rantaian bekalan apabila peniaga membeli daripada pemborong, manakala pemborong mendapat bekalan daripada pengilang.
"Kecuali harga diturunkan di peringkat pengilang, penurunan minyak tidak banyak memberi kesan kepada harga runcit,” ujarnya.
Selain itu, katanya, kadar upah pekerja dan kos lain turut mempengaruhi harga barang. Oleh itu semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengimbangi kenaikan harga.
Rafizi menegaskan, kerajaan bertanggungjawab memastikan harga bahan asas terkawal serta menguatkuasakan undang-undang bagi menyekat amalan mengambil untung berlebihan.
“Pada masa sama, pengguna digesa bijak memilih barang serta mengelak peniaga yang mengenakan harga melampau,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>