PTPTN terap nilai semangat merdeka, bebas hutang

Iklan
Norliza (tengah) bergambar bersama warga Sekolah Kebangsaan (SK)  Sungai Gelugor sempena Program Jelajah Aspirasi Malaysia 2025,  pada Selasa.

 

GEORGE TOWN - Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi  Nasional (PTPTN) mengajak  masyarakat agar mengambil semangat  kemerdekaan dengan membebaskan diri daripada belenggu hutang melalui amalan  menabung dan pengurusan kewangan  yang berhemah.

Iklan
Iklan

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza  Abdul Rahim berkata, kemerdekaan  bukan hanya dilihat dari sudut negara,  malah masyarakat juga perlu  memerdekakan diri daripada kesempitan  kewangan dengan melunaskan hutang  selain menabung serta mengurus  kewangan secara bijak.

"Frasa Rakyat Disantuni dalam tema  rasmi sambutan Hari Kebangsaan dan  Hari Malaysia 2025 iaitu Malaysia MADANI:  Rakyat Disantuni jelas mencerminkan  peranan PTPTN dalam memastikan  masyarakat, khususnya pelajar, sentiasa  dibantu mendapat peluang pendidikan  tinggi secara sama rata tanpa mengira  latar belakang.

Iklan

Norliza menyempurnakan pelepasan konvoi Jelajah Aspirasi  Malaysia 2025 yang diadakan di SK Sungai  Gelugor, pada Selasa.

"PTPTN berbangga menjadi  pemangkin kejayaan dengan  menyediakan kemudahan pinjaman,  skim simpanan pendidikan serta inovasi  digital yang memudahkan urusan  selaras dengan aspirasi Malaysia  MADANI untuk membina masa depan  lebih cerah dan inklusif," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Aspirasi Malaysia 2025  yang diadakan di Sekolah Kebangsaan  (SK) Sungai Gelugor, di sini, pada  Selasa.

Turut hadir, Pengarah Jabatan  Penyiaran Negeri Pulau Pinang, Ts Nor  Hisham Abbas; Timbalan Pengarah  Sektor Pembelajaran Jabatan  Pendidikan Negeri Pulau Pinang,  Mohamad Zawawi Ahmad dan Guru  Besar SK Sungai Gelugor, Isma Sharni  Mohamad Saad.

Norliza (empat dari kanan) bergambar bersama 10 penerima sumbangan akaun Simpan SSPN  Prime yang diadakan sempena Program Jelajah Aspirasi Malaysia 2025.

Dalam majlis itu Norliza turut  menyampaikan sumbangan akaun Simpan SSPN Prime kepada 100 pelajar  memerlukan di sekolah terbabit.

Dalam pada itu, Norliza berkata,  PTPTN terus menggalakkan budaya  menabung melalui Simpan SSPN yang  menawarkan pelbagai manfaat.

Antaranya pelepasan taksiran cukai  pendapatan ke atas simpanan sehingga  RM8,000 setahun, perlindungan takaful  percuma, Geran Sepadan sehingga  RM10,000 untuk keluarga yang layak, kerajaan serta patuh syariah.

“Kami mengambil kesempatan  dalam program ini untuk menghebahkan  kepada orang ramai perkhidmatan  PTPTN dan kepentingan untuk  menabung kerana apabila mereka ingin  menyambung pengajian mereka tidak  perlu membuat pinjaman pendidikan  yang banyak.

Norliza (dua dari kanan) ketika melawat sekitar  SK Sungai Gelugor.

"Kita mahu transformasikan  masyarakat daripada berhutang kepada  amalan menabung. Saya rasa program seperti ini sangat penting kepada  PTPTN yang mana kita bersama rakan rakan strategik dapat mempromosikan produk yang tawarkan demi kebaikan  masa depan masyarakat,"katanya.

Selain itu, Norliza berkata, PTPTN  turut memperkenalkan kemudahan  penstrukturan semula pinjaman bagi  membantu peminjam membuat bayaran  balik mengikut kemampuan kewangan  masing-masing menerusi inisiatif  #PTPTNBolehBincang.

Jelasnya, masyarakat perlu  membudayakan tabiat menabung dari  awal usia serta melaksanakan  tanggungjawab membayar balik  pinjaman demi kelestarian dana  pendidikan negara.

"Melalui inisiatif ini, peminjam dapat  melakukan penstrukturan semula  pinjaman iaitu dengan berjumpa pihak  PTPTN dan berbincang untuk pelan  pembayaran mengikut kemampuan  kewangan peminjam agar mereka boleh  menyelesaikan hutang mereka yang  tertunggak.

“Selain itu, untuk memperkukuh  kesedaran bayaran balik pinjaman, PTPTN  dengan kerjasama RTM turut menghasilkan  lagu khas berjudul Demi Generasi Ku  sebagai pendekatan kreatif untuk  meningkatkan pemahaman dan semangat  bertanggungjawab dalam melaksanakan  bayaran balik pinjaman pendidikan,"  katanya lagi.