Penyokong Dr Akmal berkumpul seawal jam 7 pagi di mahkamah

Iklan
Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam pada pagi Jumaat 'meriah' apabila penyokongnya berkumpul bagi mengikuti pertuduhan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang akan dituduh di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

BUKIT MERTAJAM - Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam pada pagi Jumaat 'meriah' dengan penyokong yang berkumpul bagi mengikuti pertuduhan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang akan dituduh di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Kesemua mereka berkumpul seawal jam 7 pagi sebagai solidariti kepada Muhamad Akmal.

Iklan
Iklan

Anggota polis juga sudah bersiap sedia menjaga keadaan trafik selain pintu masuk Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam turut ditutup untuk orang awam.

Difahamkan kes Muhamad Akmal akan bermula pada jam 9 pagi.

Iklan

Bagaimanapun beliau dijangka tiba pada jam 8.30 pagi.

Keadaan semasa di pekarangan Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam untuk pertuduhan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang akan dituduh di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Iklan

Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya bagi kesalahan membuat, menerbitkan atau menyebarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketakutan serta kegusaran awam.

Sebelum ini, Muhamad Akmal mengetuai 500 penyokong UMNO, Bersatu dan Pas dalam perarakan sejauh 1.4 kilometer di Bertam, Kepala Batas sebagai tanda menghormati Jalur Gemilang susulan insiden bendera negara dipamerkan secara terbalik di sebuah kedai perkakasan.

Susulan daripada itu, beliau telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Sabtu lalu berhubung perhimpunan berkenaan.

Menurut peguamnya, Aizat Azam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi siasatan dan menjawab lebih 80 soalan daripada pegawai penyiasat.