Kanak-kanak terdedah eksploitasi global - Pakar Kriminologi
Iklan
Dunia digital menjadikan jenayah sebegini lebih mudah berlaku secara senyap, sukar dijejaki dan boleh tersebar dengan cepat. Gambar kecil: Zalmizy
SHAH ALAM - Kes jenayah seksual yang turut membabitkan penglibatan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun memberi petunjuk wujudnya permintaan berterusan daripada golongan pedofilia atau individu yang mempunyai kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak.
Lebih membimbangkan, kes tersebut juga memberi isyarat jelas kepada kemunculan trend baharu jenayah seksual digital yang semakin kompleks dan sukar dikesan kerana bukan hanya membabitkan risiko rangkaian tempatan, tetapi juga global.