TEL AVIV – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) siap siaga untuk mengerahkan kira-kira 80,000 askar simpanan pada Rabu untuk menyertai operasi 'menakluk' Bandar Gaza.
Perkembangan membimbangkan itu dilaporkan rangkaian media Israel selepas Menteri Pertahanan, Israel Katz meluluskan kempen pencerobohan digelar Gideon 2.