KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur melupuskan peralatan memproses dan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM44.3 juta pada Rabu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, antara dadah yang dilupuskan ialah methamphetamine, kanabis, kokain, ketamin serta pelbagai jenis dadah dengan berat keseluruhan berjumlah 839.77 kilogram dan cecair 1,345 liter.
Iklan
Iklan
"Pelupusan dadah itu membabitkan 21,293 kertas siasatan yang sudah selesai proses pendakwaan di mahkamah dari 2009 hingga 2024," katanya selepas menghadiri Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Rabu.
Fadil berkata, barang kes dadah itu dilupuskan menggunakan khidmat Kualiti Alam Sdn Bhd berdasarkan kemampuan dan pengalaman syarikat berkenaan.
"Syarikat itu difahamkan menggunakan fasiliti terbaharu iaitu 'scheduled waste to energy' atau insinerator yang menghasilkan tenaga baharu, teratur dan bebas pencemaran.
"Pelupusan akan dijalankan di Pusat Rawatan Sisa Kualiti Alam Sdn Bhd, Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan," katanya.
Artikel Berkaitan