Terkejut anak panah tiba-tiba ‘tertusuk’ pada pintu kereta
Iklan
Seorang lelaki terkejut apabila anak panah terkena pada kenderaan dipandunya.
GEORGE TOWN – Seorang lelaki berusia 57 tahun terkejut apabila keretanya tiba-tiba terkena anak panah ketika melalui Jalan Macalister, di sini pada Rabu minggu lalu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang, 13 Ogos lalu itu, mangsa yang memandu dari Ayer Itam menuju ke Jalan Pangkor menyedari sebatang anak panah menembusi pintu kanan bahagian belakang keretanya.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, anak panah berkenaan dipercayai datang dari aktiviti latihan sukan memanah yang dijalankan di padang sebuah sekolah berhampiran.
Abdul Rozak.
Iklan
“Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan laporan polis telah dibuat.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Iklan
Beliau berkata, hasil semakan mendapati latihan sukan memanah anjuran Majlis Sukan Negeri (MSN) Pulau Pinang itu telah dihentikan pada 14 Ogos lalu iaitu sehari selepas kejadian.
“Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada MSN Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi sehingga boleh menjejaskan siasatan polis," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>