Kanak-kanak Palestin ditembak ketika ambil air

Iklan
Kanak-kanak itu segera di bawa ke hospital. Agensi

GAZA – Seorang kanak-kanak perempuan Palestin cedera selepas terkena tembakan tentera Israel ketika cuba mengambil air minuman untuk keluarganya di Gaza.

Menurut saksi, insiden itu berlaku ketika mangsa keluar dari rumah membawa bekas air di sebuah kawasan kediaman yang terjejas teruk akibat serangan.

Iklan
Iklan

Penduduk berkata, kanak-kanak itu hanya mahu mendapatkan bekalan air bersih yang semakin sukar diperoleh sejak konflik berlarutan, namun dia tiba-tiba terkena tembakan.

Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Iklan

“Kanak-kanak ini hanyalah seorang daripada ratusan mangsa awam yang terjejas setiap hari akibat serangan tanpa henti. Situasi kemanusiaan semakin kritikal dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan air bersih,” kata jurucakap kementerian itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini telah memberi amaran bahawa sistem bekalan air di Gaza berada pada tahap hampir lumpuh, dengan berjuta-juta penduduk bergantung kepada sumber terhad yang sering menjadi sasaran serangan.

Iklan

Beberapa kumpulan hak asasi antarabangsa turut mengecam tindakan Israel yang didakwa membahayakan orang awam, khususnya kanak-kanak, serta menggesa gencatan senjata segera bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan.-Agensi