KUALA LUMPUR - Syarikat minyak dan gas negara, Petronas selamat memindahkan 80 pekerja Malaysia dari Petronas Carigali Iraq Holding B V (PCIHBV) yang terletak di Kawasan Kontrak Garraf, Wilayah Thi Qar Iraq.
Menurut Petronas, langkah itu adalah tindakan pencegahan bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja.