Lori telur rempuh lori tembikai, seorang pemandu maut

Iklan
Kemalangan melibatkan dua lori menyebabkan seorang pemandu tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Foto: ihsan Bomba Perak

TAIPING - Seorang pemandu lori muatan telur maut selepas kenderaannya melanggar belakang sebuah lori bermuatan tembikai di Kilometer 198.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara dekat Kamunting di sini pada Selasa.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, panggilan kecemasan berhubung nahas melibatkan dua lori itu diterima pada jam 5.18 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian terdapat seorang lelaki tersepit dalam sebuah lori bermuatan telur.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Foto: ihsan Bomba Perak

Iklan

"Ketua Operasi kemudian mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan telescopic dan pemotong hidraulik bagi membuat renggangan serta memotong bahagian kereta.

"Anggota mengambil masa hampir sejam untuk membawa keluar mangsa dan pasukan perubatan yang berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya.

Iklan

Shazlean berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Tambah beliau, operasi yang tamat pada jam 6.52 pagi itu dilaksanakan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dan Taiping.