G57 syor tubuh pasukan khas pantau berita palsu kes Zara Qairina
Iklan
Zulkarnain
SHAH ALAM - Sebuah pasukan khas yang bertindak memantau serta mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah perlu ditubuhkan segera bagi membendung penularan berita palsu mengenai kematian Allahyarham Zara Qairina.
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar menegaskan, langkah itu penting supaya fokus utama pihak berkuasa yang menyiasat kes tersebut tidak teralih daripada isu sebenar iaitu mencari dan membawa suspek pembuli ke muka pengadilan.