Berita palsu bayangi kes Zara
Iklan
Kubur Allahyarham Zara Qairina di Sipitang digali semula pada 9 Ogos lalu. Pelbagai andaian tidak benar tersebar sejak kematian pelajar Tingkatan Satu itu pada 17 Julai lalu. - Foto: Bernama
KOTA KINABALU - Pengerusi penganjur Himpunan Solidariti Aman Beaufort, Mohammad Norizhuan Awang menyuarakan kebimbangan terhadap penularan berita palsu berkaitan kes Zara Qairina Mahathir yang boleh mengelirukan masyarakat.
Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Masyarakat Berpadu Sabah berkata, penyebaran maklumat tidak sahih bukan sahaja berisiko mengganggu siasatan pihak berkuasa, malah boleh menjejaskan usaha menegakkan keadilan untuk Allahyarham.