Menteri pun jadi mangsa buli
Iklan
Buli bukan gurauan sebaliknya ia adalah perlakuan jenayah.
BULI bukan lagi asing di sekolah-sekolah di negara kita, lebih-lebih lagi di sekolah berasrama penuh atau sekolah yang mempunyai ramai pelajar lelaki. Aktiviti itu boleh dikatakan menjadi tradisi setiap tahun ‘hari ini aku dibuli, esok giliran aku pula jadi pembuli’.
Seolah-olah budaya yang dianggap normal walaupun hakikatnya merosakkan. Itulah menjadi acara turun-temurun, mereka yang pernah tinggal di asrama mesti faham dan tahu perkara itu, ia sudah menjadi kebiasaan. Apa yang membezakannya ialah sejauh mana serius kejadian itu dianggap buli atau gurauan senior dan junior.