Sudahlah dibuli, ditampar pula
Iklan
Diganggu, dicucuk menggunakan pensel ke dalam telinga. - Gambar hiasan
KOTA BHARU - Insiden menjadi mangsa buli dan ditampar bapa pembuli kira-kira dua tahun lalu menyebabkan seorang murid lelaki sebuah sekolah rendah di sini mengalami trauma mendalam sehingga kini.
Malah, murid tersebut yang kini berada di Tahun Empat terpaksa menjalani rawatan hampir dua tahun di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) di Kubang Kerian untuk memulihkan emosinya.