Cerita susu sepanjang zaman
Iklan
Ironinya, walaupun sains menyediakan bukti kukuh tentang manfaat susu, pengaruh sebenar datang daripada iklan. Foto hiasan/123RF
PADA masa dulu, orang Eropah tak berani minum susu lembu segar seperti hari ini. Sebahagian besar orang dewasa zaman itu tak boleh mencerna laktosa, gula utama dalam susu. Ia buatkan mereka sakit perut, kembung atau cirit-birit.
Lagipun, sebelum teknologi moden, susu segar cepat rosak dan tercemar bakteria. Minum susu mentah boleh sebabkan banyak penyakit.