Warga emas maut terperosok bawah kereta ketika melintas

Iklan
Peralatan khas 'air lifting bag' digunakan bomba dalam operasi mengeluarkan mangsa yang terperosok bawah kenderaan dalam kejadian di Kuala Kangsar. Foto Bomba Perak

KUALA KANGSAR – Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Bukit Kerajaan, di sini pada Sabtu malam.

Dalam kejadian terbabit, mangsa dikenali sebagai Bashah Othman, 81, disahkan meninggal dunia selepas terperosok di bawah sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Iklan
Iklan

Difahamkan, insiden berlaku ketika kereta yang dipandu seorang wanita hamil berusia 25 tahun sedang dalam perjalanan ke Jalan Sultan Iskandar Shah, sebelum mangsa tiba-tiba melintas di hadapan kenderaan terbabit.

Keadaan itu menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

Iklan

Pemandu kereta berkenaan mengalami sakit dada dan telah dirujuk ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan bomba daripada BBP Kuala Kangsar menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang terperosok bawah kenderaan. - Foto Bomba Perak

Iklan

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut pada jam 9.21 malam.

Menurut beliau, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang wanita berada di bawah kereta dan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Operasi mengeluarkan mangsa dijalankan segera menggunakan peralatan khas iaitu air lifting bag dan pengusung,” katanya dalam kenyataan.

Shazlean berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat kira-kira sejam kemudian.