Pisau tertanam dalam dada selama lapan tahun

Iklan
Imej sinar X menunjukkan kedudukan bilah pisau tersebut yang tidak mengenai mana-mana organ penting. - Foto Agensi

DODOMA - Kesakitan yang dialami pada puting kanan seorang lelaki akhirnya terjawab.

Kes luar biasa pesakit turut diterbitkan jurnal saintifik National Library of Medicine berdasarkan kajian kes oleh doktor di Muhimbili National Hospital di Tanzania.

Iklan
Iklan

Lelaki berusia 44 tahun itu menjalani pemeriksaan selepas puting kanannya mengeluarkan cairan nanah selama 10 hari.

Pesakit itu bagaimanapun tidak mengalami masalah lain seperti sakit dada, kesukaran bernafas, batuk-batuk atau demam.

Iklan

Pemeriksaan sinar X yang dilakukan ke atasnya membuat penemuan mengejutkan iaitu sebilah pisau tertanam pada dadanya yang didakwa berpunca daripada insiden pergaduhan kira-kira lapan tahun lalu.

"Dia bernasib baik kerana objek tajam itu tidak mengenai mana-mana organ utama. Doktor yang merawatnya sebelum ini mungkin tidak menjalankan pemeriksaan radiologi susulan selepas dia tidak mengadu sakit selepas lukanya sembuh," menurut laporan kajian tersebut lagi.

Iklan

Difahamkan, pisau yang tertanam itu menyebabkan ketidakselesaan kepadanya untuk tempoh yang lama dan cairan nanah itu terhasil daripada tisu mati yang terkumpul di sekeliling objek asing. - Agensi