KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja Kedah atas kemangkatan kakanda kepada Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
"Salam takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Kedah atas kemangkatan YTM Datuk Seri Tunku Sakinah Almarhum Sultan Badlishah, kakanda kepada KDYMM Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.