Program Satu Rumah Satu Jalur Gemilang

Iklan

Penduduk Kampung Sekati, Manir di sini membawa sambil mengibarkan Jalur Gemilang sebelum diagihkan kepada penduduk sempena Program Satu Rumah Satu Jalur Gemilang. Suasana meriah itu menjadi simbol kebersamaan dalam menyemarakkan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan tidak lama lagi.

Kira-kira 50 buah rumah dalam kawasan Rukun Tetangga (KRT) kampung berkenaan menerima Jalur Gemilang untuk dipasang di kediaman masing-masing dan langkah tersebut diyakini mampu menceriakan lagi suasana persekitaran kampung selain menghidupkan kembali tradisi menyambut bulan kemerdekaan dengan penuh warna-warni. Pengerusi KRT Kampung Sekati, Mohd Yasin Embong berkata pengagihan Jalur Gemilang bertujuan menanam rasa cinta akan negara, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Iklan
Iklan

Usaha tersebut memberi mesej jelas kepada golongan remaja agar tidak hanya leka dengan dunia gajet, sebaliknya menghayati makna sebenar kemerdekaan. Program itu bukan sahaja mengukuhkan perpaduan penduduk kampung, malah mengingatkan semua bahawa nikmat kemerdekaan hari ini lahir daripada perjuangan, keringat dan darah pejuang bangsa.

Oleh itu, Jalur Gemilang yang berkibar megah di setiap rumah diharap menjadi tanda penghargaan serta semangat meneruskan perjuangan membina Malaysia yang lebih gemilang.

Iklan
Iklan