Gaduh guna kayu, nahas empat kenderaan bertukar kecoh

Iklan
Dua indvidu dipercayai menggunakan senjata dalam pergaduhan itu.

JASIN - Kemalangan dipercayai menjadi punca gaduh gempar membabitkan beberapa lelaki hingga tercetus adegan mengacukan kayu yang sempat dirakam orang awam jalan Jasin-Bemban di sini pada Jumaat, sebelum tular di media sosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, insiden membabitkan empat kenderaan dari arah Gapam menghala ke Bemban bertukar kecoh dengan aksi gaduh di tepi jalan.

Iklan
Iklan

Sumber berkata, siasatan awal mendapati insiden berpunca daripada pelanggaran membabitkan empat kenderaan iaitu Volkswagen Passat, Mitsubishi Triton, Toyota Vios dan Proton Exora yang dinaiki tujuh lelaki.

Menurutnya, bertindak atas aduan, polis telah menahan empat suspek berusia 20 hingga 57 tahun, manakala tiga lagi lelaki yang menaiki Proton Exora masih bebas dan sedang diburu polis bagi membantu siasatan.

Iklan

Tangkap layar video tular menunjukkan pergaduhan yang berlaku selepas kemalangan pada Jumaat.

"Ketika kejadian salah seorang suspek dikesan mengacukan kayu untuk menakut-nakutkan namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Iklan

"Difahamkan dua suspek ditahan di lokasi, manakala dua lagi ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Jasin," katanya.

Katanya, semakan turut mendapati suspek berusia 20 tahun mempunyai empat rekod jenayah.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.