Guardiola jaga langkah Rodri
Iklan
Rodri (tengah) dijangka kembali perkuatkan cabaran Manchester City musim ini. Foto Agensi
PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan akan menguruskan kepulangan Rodri secara berperingkat dengan minit permainan terhad bagi memastikan pemain tengah itu kembali ke tahap terbaik tanpa risiko kecederaan berulang.
Pemenang Ballon d’Or itu terlepas hampir keseluruhan musim 2024/25 selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL), dijangka membuat penampilan semula pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Wolverhampton Wanderers di Molineux, awal pagi Ahad.
Iklan
Iklan
“Rodri kembali lebih awal daripada jangkaan dan lututnya berada dalam keadaan sempurna. Dia beraksi menentang Juventus di Piala Dunia Kelab Jun lalu, tetapi terpaksa direhatkan enam minggu akibat kecederaan. Kami cuba elakkan perkara itu berulang.
“Sekarang dia perlu mendapatkan semula minit permainan melalui sesi latihan dan sedikit masa dalam perlawanan sebenar. Apa yang kita tidak mahu adalah dia kembali bermain, kemudian cedera semula, dan berulang-ulang... ia tidak baik untuk rentak permainan,” kata Guardiola.
Iklan
Guardiola turut mengesahkan City masih tanpa Kevin De Bruyne dan Kyle Walker yang meninggalkan kelab selepas kontrak tamat untuk menyertai Napoli dan Burnley, manakala Jack Grealish dipinjamkan ke Everton.
Sementara itu, penjaga gol Ederson dan penyerang muda Brazil, Savinho, dikaitkan dengan perpindahan, namun Guardiola menegaskan Ederson belum menyatakan hasrat untuk keluar walaupun kontraknya berakhir tahun depan.
Iklan
“Saya harap Savinho kekal di sini selama bertahun-tahun lagi kerana potensinya besar pada usia 21 tahun. Namun, seperti biasa, keinginan pemain adalah penentu utama selain persetujuan kelab,” katanya.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.