Ahli politik zahir kebimbangan
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
SHAH ALAM - Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui mereka kini bimbang dan lebih berwaspada terhadap tahap keselamatan diri dan keluarga susulan kes serangan yang menimpa anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli pada Rabu.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan berkata, selama ini beliau menjalani kehidupan seperti rakyat biasa, begitu juga dengan Rafizi tanpa mementingkan kawalan keselamatan, namun insiden serangan yang jelas dibuat secara terancang dan bersasar itu membuatkan beliau sekeluarga kini lebih berhati-hati.