Guna AI agar perniagaan lebih disayangi pelanggan
Iklan
Lebih cepat mana-mana perniagaan menggunakan AI, lebih cepat ia belajar dan menguasai kaedah yang lebih berkesan. Gambar hiasan 123rf.
PENGUNAAN kecerdasan buatan (AI) tidak terhad kepada kita untuk bertanya soalan sahaja. Sebenarnya AI boleh digunakan oleh perniagaan untuk lebih mengenali pelanggan dan menawan hati mereka agar lebih disayangi pelanggan.
AI boleh digunakan untuk menyusun pelanggan dalam kumpulan-kumpulan khusus berdasarkan maklumat yang ada bagi memudahkan mereka dilayan berdasarkan keperluan khusus setiap kumpulan.