Nyaris nikahi 'gadis berpurdah', rupa-rupanya lelaki berjanggut

Iklan
Penipuan Simpatri terbongkar pada hari pernikahannya. Foto Agensi

PINRANG - Seorang lelaki nyaris berkahwin dengan pasangan sejenis selepas dia tertipu dengan perwatakannya yang berpurdah.

Pelaku dikenali sebagai Simpatri, 25, menyamar sebagai perempuan dengan menggunakan nama Widya dan memperdaya MR, 27, yang dikenali di TikTok hingga hampir ke jinjang pelamin.

Iklan
Iklan

Penipuan Simpatri terbongkar ketika mahu melangsungkan pernikahan dengan MR di Kampung Kalosi, Desa Basseang, Kecamatan Lembang, Kabupaten Pinrang, Sulawesi Selatan di Indonesia pada Selasa.

Ketika itu, keluarga pihak lelaki mahu memekap 'pengantin perempuan', namun ditolak Simpatri hingga mereka akhirnya berasa curiga.

Iklan

Pelaku memberi pelbagai alasan apabila diminta menunjukkan kad pengenalan dan bertanyakan tentang wali nikahnya.

Wakil keluarga MR kemudiannya membuka purdah Simpatri secara paksa dan menampakkan identiti sebenarnya seorang lelaki berjanggut.

Iklan

Majlis pernikahan itu dibatalkan pada saat akhir.

Kapolres Pinrang, AKBP Edi Sabhara berkata, pelaku telah ditahan di Mapolres Pinrang.

"MR langsung tidak menyangka dia bercinta dengan lelaki kerana Simpatri hanya membuka purdah ketika mahu mandi. Mangsa sudah menghabiskan lebih 28 juta rupiah (RM7,321) untuk pelaku yang mengaku dirinya anak yatim piatu," jelas Edi. - Agensi