Perkasa jawatankuasa Parlimen
Iklan
Antara langkah reformasi Parlimen ialah memperkasa jawatankuasa-jawatankuasa Parlimen yang sedia ada
ANTARA langkah reformasi Parlimen ialah memperkasa jawatankuasa-jawatankuasa Parlimen yang sedia ada. Dalam hal ini, pada 12 Ogos lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan cadangan meminda Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Pindaan terpenting ialah menjadikan sepuluh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang sedia ada sebagai Jawatankuasa Pilihan Tetap Parlimen (JKPT).