BACHOK - Polis giat mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Surau Budi, Jalan Tawang, di sini, sejak Isnin lalu.
Tuan Nurul Ain Najihah Tuan Perang dilaporkan hilang oleh bapanya, Tuan Perang Raja Husin, kira-kira jam 6 pagi selepas mendapati anaknya tiada di bilik tidur.
Iklan
Iklan
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohd Azrie Sulaiman, kali terakhir mangsa dilihat adalah pada Ahad sekitar jam 11.30 malam di kediaman mereka.
“Remaja ini tidak bersekolah sejak Tingkatan Satu, serta tidak memiliki telefon bimbit, dan dipercayai keluar dari rumah hanya membawa dompet serta kad pengenalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ujar beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan mangsa diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di talian 09-7782222 atau balai polis berdekatan.