Para peserta Program MyRailLife Familiarisation Trip KTM Komuter diberi peluang melawat lokasi menarik yang terdapat di Safari Wonderland, Tampin.
Program RailLife bukan sahaja memudahkan pergerakan pelajar sekolah dan golongan orang kurang upaya (OKU) menggunakan perkhidmatan KTMB secara percuma, malah membuka peluang mereka memanfaatkan kemudahan itu bagi pelbagai tujuan perjalanan.
Manakala pas MyRailLife membolehkan pemegangnya menikmati perjalanan percuma tanpa had di semua laluan KTM Komuter Lembah Klang, KTM Komuter Utara dan Shuttle Timuran (Gemas–Tumpat). - Foto: Bernama