CARSOME catat untung suku kedua, raih EBITDA lebih AS$5 juta

Iklan
Eric Cheng (kanan)

KUMPULAN CARSOME Inc (CARSOME), platform e-dagang kereta bersepadu terbesar Asia Tenggara mencatatkan suku tahunan paling menguntungkan setakat ini pada suku kedua 2025 dengan merekodkan EBITDA melebihi AS$5 juta.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME, Eric Cheng berkata, pada suku kedua 2025, kumpulan tersebut merekodkan peningkatan keuntungan kasar sebanyak 19 peratus tahun ke tahun didorong prestasi kukuh yang berterusan dalam kedua-dua segmen perniagaan borong dan runcit.

Iklan
Iklan

“Model operasi kami yang tangkas terus memacu peningkatan pegangan pasaran dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

“Kami yakin dapat mengekalkan pertumbuhan keuntungan yang mampan sepanjang tahun meskipun berdepan ketidaktentuan makroekonomi serantau,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurut Eric Cheng, pengurusan kos yang berdisiplin di seluruh Kumpulan CARSOME turut menyokong kecekapan operasi.

Dalam pada itu, EBITDA suku kedua 2025 meningkat lebih empat kali ganda berbanding tahun sebelumnya mengatasi pertumbuhan keuntungan kasar setiap unit (GPU), mencerminkan penambahbaikan dalam pengewangan dan peningkatan produktiviti ketika kumpulan menajamkan strategi operasi.

Iklan

“Jumlah EBITDA bagi separuh pertama tahun ini mencecah lebih AS$ 10 juta, peningkatan tujuh kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Tambah beliau, syarikat melihat akses mobiliti sebagai satu keperluan asas di Asia Tenggara, bukan sekadar pilihan pengguna.

“Dengan meletakkan penyelesaian kami berteraskan jaminan kualiti dan keyakinan selepas jualan, kami bukan sahaja memenuhi permintaan semasa tetapi juga mengukuhkan kepimpinan pasaran jangka panjang," katanya.

Pada masa sama, pelancaran rangkaian CARSOME Value Plus yang baharu adalah salah satu contoh bagaimana syarikat memperluas akses kepada kenderaan yang boleh dipercayai untuk lebih banyak segmen pasaran.

“Ini selaras dengan usaha nasional yang lebih luas untuk menyediakan mobiliti mampu milik serta mengurangkan tekanan kos,” katanya.